Skip to main content

Amsterdam

Assalamualaikum & hello ^^




So I went to Amsterdam (and next Belgium) for my spring break. I wasn't that excited (to be very very very honest) because I was very anxious and nervous! It was my first time going out from the UK and I haven't finished travelling all around the UK. But I was so grateful that I didn't cancel or flinch a bit about joining Paah and her friend, Nisah to Amsterdam.

I meant, kalau ikut hati aku ni, memang sampai third year la aku takkan ke mana-mana. Like real, you're already in Europe so why not you go around and explore a bit? Tambah lagi orang macam aku yang takkan explore benda yang aku takde minat, so aku buat sikit study pasal Amsterdam before sampai situ.

So for preparation, kena tukar duit pound ke euro - aku bawak €300 sebab tukar untuk dua countries, €150 each. Weather pun aku study gak sikit, but believe me, just be prepared. Aku pergi tu time Spring, so suhu dia memang sejuk lagi and aku tak expect yang dia akan turun sampai 2 degrees.

12/4/2017 - Arrival day.

Memang awal gak la aku bangun sebab excited sikit, resah sikit so tidur tu tak nyenyak hah. Flight from Birmingham Airport and kami plan 2 jam sebelum dah kena ada kat airport. Flight pukul 11 cemtu then so dalam pukul 9 dah kat situ. Satu jam je flight tu tapi aku tidur sebab plane kitaorang si Flybe tu kecik ala-ala Firefly Malaysia je. Aku punya Cabin Luggage tu pun tak muat nak letak kat compartment atas pastu kena letak kat bawah seat. Nasib baik la muat hahah.


Untuk travel di Amsterdam, better beli Region Travel Ticket sebab ticket tu boleh travel untuk tiga hari ke seluruh Belanda. Tiket ni boleh beli kat airport, area Information Counter. Kalau beli tiket tu, nanti dapat jugak travel map, lengkap dengan tram, train number untuk ke tourist attraction.


Accommodation kami kat Amsterdam ni guna Airbnb - rumah Hans. Hans ni duduk kat Raangerstraat, Zeeburg. Rumah dia sangat la bersih and dia pesan jangan basahkan bilik air. Kalau kat Malaysia, toilet ke shower area kita tu mesti dah banjir kan? Tapi kat rumah Hans ni, lepas aku mandi mesti aku tarik air tu masuk lubang sebab takut dia marah hehe. Oh yeah, Hans ni lelaki pastu dia ada kucing nama Vishka (?) /dia sebut bunyi gituh/


First day ni hujan. Memang aku dah rasa tak sedap hati sebab aku cuma ada outer coat yang memang bukan waterproof, tapi aku redho je la masa tu. Kami just jalan-jalan area rumah tu sebab dah lewat sampai rumah si Hans ni. Pastu Spring pulak masih panjang malam daripada siang.

13/4/2017 - Keukenhof

Nasib baik second day ni ada matahari :)


Keukenhof ni macam satu ladang yang memang khusus untuk bunga-bungaan. Tapi kalau cakap pasal identiti Belanda, mestilah kita kena cari bunga tulip! Tulip ni memang banyak sangat kat Keukenhof pastu berjenis-jenis. Memang cantik warna-warna tulip tu haa tak tertanding dengan dalam gambar berbanding tengok sendiri depan mata hihihi.



Untuk ke Keukenhof, kami naik tram balik ke airport sebab bas ke Keukenhof ni ada khas from airport time tulips memang tengah kembang, if out of season tu kena naik train or bas lain. Well sebenarnya ada yang belum kembang pun masa ni tapi majoritinya dah kembang.

Sini ada satu kincir angin (windmill) yang besar pastu semua boleh naik ke atas tu and boleh tengok ladang tulip yang ada kat area luar Keukenhof ni. Ada petting zoo kat tengah alam Keukenhof tu, nak naik sampan around Keukenhof pun boleh, nak naik basikal outside Keukenhof pun boleh.

Kat sini aku beli fridge magnets untuk family hahah banyak juga tulip bulbs yang boleh dibeli untuk dibawa balik tapinya taktahu la kalau kat Malaysia ni nak tumbuh jugak si tulip tu. Even balik UK pun aku tak beli hahaha. Kalau beli souvenirs dari sini siap-siap memang overpriced. Tapi sebab namanya Keukenhof, so aku beli fridge magnets je.


Stroopwaffle 
Egg Sandwich
Selain daripada ambil gambar dengan bunga tulip yang banyak tu, aku try juga Stroopwaffle. 
Stroopwaffle tu Dutch punya waffle je haha tekstur macam biskut je tapi taste dia ya Rabbi - ada cinnamon, apple syrup and honey dalam syrup dia tu. Dah habis makan Stroopwaffle tu, lapar lagi ha. So kami pergi foodcourt situ and I bought an egg sandwich, bit pricey though..

Dah habis ronda Keukenhof tu memang terus balik ke airport centraal and ronda lagi area rumah Hans tu nak cari makanan. Sebenarnya makanan halal ada je kat rak supermarket tu. Cumanya kami tak sanggup nak masak kat dapur Hans tu, sebab dia sendiri cam vegan gitu. Pastu dah namanya Belanda tu, semuanya ditulis dalam bahasa Belanda la kan. Memang aku asyik bukak google translate untuk tahu apa ingredient even dalam roti kismis tu ha. 

Time nak bayar tu, cashier boleh pulak cakap bahasa Dutch dengan aku, padahal dengan Paah and Nisah berbakul pulak English dia. Aku rasa cam tak hormat la pulak sebab tak belajar at least hello in Dutch ke apa ke. Yang aku perasan, pekerja kat supermarket tu banyak budak sekolah lagi. Mesti time spring break ni depa pakat nak kerja hehe.

14/4/2017 - Zaanse Schans



Pagi tu hujan rintik pastu bila sampai kat Zaanse Schans tu pun mendung juga. Untuk ke Zaanse Schans tu, kami naik tram Ijburg ke Amsterdam Centraal, pastu naik bas di platform kat atas sekali. Untuk sampai ke most of places memang tunggu bas kat situ.



Zaanse Schans is one of Dutch's old village, kat sini boleh tengok banyak kincir angin yang masih digunakan untuk hard labour. Contohnya cam giling herba, proses keju ke. Rumah tradisional pun masih ada kat situ and ada houses yang pekerjanya pakai baju Dutch. Kalau tengok susu kotak Dutch Lady tu ada perempuan yang pakai baju tradisional Dutch.



Kat sini, aku beli chocolate sebab sedap hehe. Tak sanggup nak beli cheese sebab aku tahu cheese tu takkan sempat sampai Malaysia! Aku beli coaster untuk souvenirs, pastu aku cam kenapalah aku beli hahah.




Dalam pukul 2 tu kami terus balik ke rumah Hans sebab nak solat. Lepas tu kami gerak ke city, nak cari kedai makan. Senior ada cakap situ senang je nak cari kedai makan, tapi kami tak jumpa kedai. Maybe sebab dah salah area kot. Pastu kami jumpa kedai Thai halal dan aku makan nasi goreng je tapi mahal la jugak, sepinggan €9. Tapi aku tak menyesal sebab portion besar pastu aku dah lapar.

nampak je sikit tapi kenyang alhamdulillah 
Dah habis makan tu, kami pun jalan-jalan lagi. Plan nak cari Palace tapi tak jumpa pun. Aku plan nak pergi Anne Frank's House tapi tak jumpa tram pun. So kami jalan je sampai la jumpa Madame Tussauds (tapi tak masuk pun) pastu kat depan tu ada carnival kecil. Kami cuma tengok orang main pastu Nisah beli churros sebab dia teringin. Dah nak dekat cam maghrib tu kami still kat city and sempat lagi beli souvenirs. Aku rembat t-shirt untuk diri sendiri and beli lagi fridge magnets sebab situ murah yang amat!


Amsterdam's buildings are so cute and pretty! There are canals too and that's kinda calling for romanticism, don't you think so?

15/4/2017 - City, Departure

Semalamnya tu kami dah plan betul-betul nak ke mana sebab masa memang suntuk untuk hari ni. Jam 3 petang dah nak bertolak ke Belgium dengan bas, sebab tu kami bangun agak awal dan terus ke city.

Iamsterdam sign - awkward pulak sengih tu hahahah

Kami naik tram straight to Rijckmuseum sebab kat situ ada blok Iamsterdam tu. Pagi pun dah ramai orang ha. Rijckmuseum tu muzium juga tapi kami tak masuk sebab tak free hahah. Opposite muzium ni ada Van Gogh Museum dan still tak masuk jugak sebab tak free. Aku tak minat si Van Gogh ni sebenarnya tapi sedih juga kalau baca pasal cerita Van Gogh and his depression. 


Dah selesai bergambar sekitar muzium tu kami gerak ke Hard Rock Cafe sebab Nisah dapat t-shirt order from kawan dia. Pastu aku ajak depa gerak ke Kaiser sebab kat situ memang di'recommend' oleh travel blog. Kaiser tu cantik dengan canals and buildings tapi sayang, kami sampai situ masa nak hujan. Dah la takdak payung pastu baju kot aku tak waterproof, kena pulak hujan batu. Sakit kepala aku kena ais batu hahahah. Dah dapat naik tram, terus balik ke rumah Hans untuk ambil beg dan gerak ke Belgium.
percayalah tengah hujan ni

Remarks - Aku nak datang lagi dengan duit yang banyak so that semua museum boleh aku masuk, semua tempat aku boleh pergi. Memula tu kami nak pergi pantai tapi time spring ni confirm sejuk yang amat hahahah. Amsterdam ni famous dengan Red Light District, tapi kami tak pergi pun sebab tak jumpa jalan hehe.

fuh coat aku terbang-terbang gitu

Love, Amsterdam. 

Popular posts from this blog

Coventry's Canal Basin

First post?

Assalamualaikum and hello xD This so-called first post? Yeah, maybe? Including this blog, I have 6(?) blogs overall. I don't really find the peace with blogging. I want to write and then I don't know what to write and post something that are really, really have nothing to do with the current situation. Yeah. If this is going to continue, idk anymore. I'm such a noob hahahaha maybe or maybe not, I'm running away from my family members who followed me through Google+  so I guess they'll find me too here? Cis. Anyway, I'm off to edit this blog. Okies, goodbye annyeong!