Skip to main content

Belgium

Assalamualaikum & hello xD

Belgium trip ni sambungan Spring Break Trip aku, before Belgium ni, aku ke Amsterdam.

Belgium ni 49% Dutch, 50% French and 1% others. Kat metro station tu ada tiga bahasa - English, French & Dutch. Kalau announcements pulak, dua bahasa digunakan - both French & Dutch. Kalau dah sampai Centraal tu ada English juga. Muslims lagi ramai kat sini kalau compare masa kat Amsterdam dulu, pastu rasa bangga sikit hahahah.

15/4/2017 - Arrival

Thieffry Metro Station
Bas kami from Amsterdam pukul 3 camtu so kami sampai Bruxelles de Gard pukul 5 petang. Dalam bas tu aku tidur lama la jugak sebab aku makan panadol, badan aku panas lepas kena hujan batu kat Amsterdam tu hahahah. From that bus station (actually Metro station), kami naik train dan metro ke Etterbeek, rumah Steph, another Airbnb owner. Rumah Steph ni dekat je dengan Metro stop Thieffry dan Carrefour. Lama dah tak jumpa Carrefour so aku excited jugak la sebab favourite aku dulu Carrefour before ada Tesco, Jusco, Mydin ni semua. Tapi sayang sebab kami sampai pukul 7:30 malam tapi 8 malam si Carrefour ni dah tutup..

If you guys see this statue, yepp that's Thieffry.
16/4/2017 - Ghent

Pagi tu kami gerak ke Centraal Station from Thieffry through Erasmus line. Bila dah sampai Centraal tu kami terus naik train ke Ghent (Gent-Sint Pieters). Ghent ni famous dengan senibina Gothic and Ghent ni pun student city so barang situ agak pricey.


Kami sampai situ je terus ke Gravensteen, tiket masuknya €6. Gravensteen ni sebuah istana lama yang digunakan raja dan bangsawan situ (masa dulu la). Gravensteen ni tak banyak tingkat tapi tingginya ya Rabbi! Aku ni gayat so sepanjang masa turun tangga tu aku dok menyanyi je kerja sebab takut hahaha. Pastu dah keluar Gravensteen tu baru la aku tahu rupanya istana tu pun digunakan untuk kurung pesalah.... dah la kat dalam tu ada Museum of Torture kat satu bilik ni and memang ada patung yang diseksa. Alatan pun masih ada kat situ. Ada adik sorang ni menangis taknak masuk bilik tu pastu dia duduk luar je. Pandai kau dik.

Gravensteen hehehe

Ghent ni memang satu hari je dah settle sebab city dia kecik je ha. Aku masuk St Baafskathedral (Cathedral/Gereja) kat sini, memang cantik bangunannya. Ada orang cakap carilah naga Belfort tu tapi ya Rabbi tinggi melangit kot menara Belfort tu!

City Hall
Sepuluh Euro kalau nak join naik boat yang explore around Ghent hehe.

to be very honest, aku tak ingat ni tempat apa tapi most travelers kena ada gambar yang macam ni hahaha
Add caption

City Pavilion/Stadshal
Palace of Justice



Rabot - ni macam tol untuk pedagang yang nak lalu bawah jambatan ni. Rabot ni lebih kurang macam kastam dan imigresen zaman 10th century.
Pasta Arabiatta katanya
Kat sini aku dengan Paah makan pasta arabiatta (solely tomatoes je) before sambung jalan-jalan area Ghent tu. Dalam 5:30 petang tu kami naik train balik ke Brussels (Bruxelles).










17/4/2017 - Antwerp


Antwerp ni jauh sikit daripada Ghent rupanya. Pagi tu hujan dalam suhu 4 degrees. Sepanjang aku travel di Belgium ni pagi mesti hujan tapi bila jam 9-10 pagi mesti dah berhenti hujannya. Tapi kami keluar awal pagi, so kami memang basah lencun setiap hari.

(Bukan selalu nak makan croissant made by French couples in Belgium lol - please and please, eat some croissants made by French! Sumpah lain gila kualiti dan rasa sebenar croissant yang dibuat oleh French people.)

Stairway to the Trains (geddit? geddit?)
 Sampai je Antwerp, aku memang nganga habis kat stesen tu. Architecture situ memang mantap tapi masa aku sampai situ, masih ada construction kat tepi tu. Sebelah Antwerp Central Station ni ada zoo pastu tetiba ada carnival kecik kat depan stesen tu. Kat Antwerp, setiap tempat situ jalan kaki je dah sampai sebab city tu kecil je.

Cathedral of Our Lady, artwork of Ruben

Belgium fries - sedap sangat!


 Kat sebelah stesen tu ada lorong kedai permata, kalau aku ni jenis yang suka accessories mesti aku singgah hahahah. Kat Antwerp pun aku jumpa cathedral lagi, kali ni Cathedral of Our Lady. Tapi tak masuk pun sebab tangan sibuk makan fries. Kalau kat Belgium, mesti makan fries walaupun orang French claim French fries yang paling sedap.


Grote Markt 1
Grote Markt 2
Lepas tu kami jalan lagi sampai la jumpa Grote Markt (Town Square). Beza Belgium dengan Amsterdam tu ada pada bangunan - Belgium ada elemen Gothic. Kalau tak salah aku, elemen Gothic tu macam ukiran halus dan kadang-kadang ada patung (okay nanti aku study lagi pasal Gothic design!) Kat sini, siap ada emas kat hiasan tu, taktahu la original emas ke tipu je heheh.

Antwerp City Hall - statue ni pun actually ada nama tapi aku dah lupa lol

Dah habis duduk lepak kat Grote Markt tu kami jalan lagi sampai la jumpa Het Steen, istana batu tepi laut. Het Steen ni ada mitos gak, sebab tu ada patung besar yang kat tepi istana tu. Sekarang Het Steen tu dah jadi Maritime Museum ha. Dah habis ambil gambar, kami pun gerak balik ke Thieffry.

Het Steen

Sebenarnya hari-hari yang kami pergi Belgium tu cuti Easter, banyak kedai yang tak buka termasuklah Carrefour T^T, so makan maggi lagi kami semua.

18/4/2017 - Brussels

Disebabkan kami nak balik UK petangnya, pagi-pagi lagi dah straight ke Atomium, satu bangunan yang memang ikut bentuk atom besi. Atomium ni jauh sikit dari city. Kalau nak masuk dalam bangunan bulat-bulat tu kena bayar and kat tingkat 5 (kalau tak salah aku la kan) ada restoran. Sepanjang trip Metro tu ada terjumpa stop yang memang bagi aku scary la jugak sebab tetiba je ada patung kat dinding.

Dah la tak berapa nak cantik hahahahah.
With Atomium - sebenarnya tengah hujan lol

Dah balik from Atomium tu kami terus ke city, nak cari kedai coklat, Grand Place, Hard Rock Cafe and Manneken Pis. Sebenarnya Manneken Pis tu patung budak lelaki kencing berdiri je (habis aku kena bebel dengan abah aku sebab gi cari patung tu hahahah). Grand Place tu ada muzium juga tapi kami tak masuk sebab tak sempat and tak free hahahah. And Les Galeries Royales Saint-Hubbert is a pedestrian arcade yang memang cantik, sepanjang arked ni penuh dengan kedai coklat, manisan, perfume dan sebagainya. Memang rambang mata nak beli ole-ole lol.



Chocolate shop in  Les Galeries Royales Saint-Hubbert - kedai ni la aku berjaya borong coklat Belgium hehehe
macaroons yang comel tapi mahal nak mamps
Posing sebelum balik UK lol

Grand Place

Grand Place

Saja taknak censor lol
Lepas Nisah pergi Hard Rock Cafe tu, kami pergi la cari Belgium waffles. Kalau dah sampai Belgium, mesti makan waffles! Tak sama langsung dengan Leomag Malaysia hahahah tekstur waffle situ macam cookie dough, tapi tak muak pun! Dah la sedap T^T.

shop ver
the one i ate lol

Dah habis tour kat city, kami pun balik ke Thieffry untuk check out pastu pergi ke Brussels Airport. From Thieffry, kami naik tram ke satu bus stop yang memang ada bus express ke airport - free je bus ni. Masa balik, plane tak kecik macam Flybe dah hahaha plane kami macam plane AirAsia je saiznya.


Remarks - ada satu lagi area yang kami tak singgah pun, Bruges namanya. Kalau suka istana lama, boleh la pergi Bruges tu. Rumah Steph lagi best sebab ada wifi, kata Nisah hahah. Kami struggle nak pakai wifi Hans yang cuma ada kat ruang tamu tu hahah.



Love, Belgium.

Popular posts from this blog

Coventry's Canal Basin

First post?

Assalamualaikum and hello xD This so-called first post? Yeah, maybe? Including this blog, I have 6(?) blogs overall. I don't really find the peace with blogging. I want to write and then I don't know what to write and post something that are really, really have nothing to do with the current situation. Yeah. If this is going to continue, idk anymore. I'm such a noob hahahaha maybe or maybe not, I'm running away from my family members who followed me through Google+  so I guess they'll find me too here? Cis. Anyway, I'm off to edit this blog. Okies, goodbye annyeong!